Sunday, 4 December 2016

PROSES ENDOGENIK 


↳Tenaga yang berpunca dalam kerak bumi(lapisan mantel yang menghasilkan fenomena dalam kerak bumi seperti gempa bumi,gelinciran,gerakan tetonik termasuk proses metefomosis batuan).

  • tenaga graviti akibat mampatan jisim 
  • tenaga haba dalam lapisan mantel(astenosfera)
  • arus perolakan dalam kerak bumi
  • pelanggaran antara kerak bumi yang menyebabkan gempa bumi

LIPATAN :


↣berlaku akibat mampatan dan tekanan secara mendatar semasa pertembungan antara plat tetonik. ia juga berpunca oleh tarikan graviti berhampiran permukaan bumi.
↦proses batuan yang pejal dalam kerak bumi cair lalu mudah untuk dimampatkan.proses mampatan secara mendatar.Berlaku mampatan dari kiri ke kanan.

JENIS-JENIS BENTUK MUKA BUMI LIPATAN :



1.Antiklin - lipatan yang melengkung ke atas


2.Sinklin - bahagian yang menggeleding 


3.Lipatan Simetri - kedua cerun mempunyai kecerunan yang sama atau hampir sama

4.Lipatan Tak Simetri - Satu cerun lipatan berkeadaan lebih curam tau landai berbanding cerun lipatan di sebelahnya.

4.Antiklin Rebah - Lipatan tertekan dengan kuat

Monday, 28 November 2016

HANYUTAN BENUA

TEORI HANYUTAN BENUA :


⇒ Dikemukakan oleh Alfred Weneger, 1910.
⇒ 200 juta tahun dahulu semua benua bercantum dan membentuk satu daratan yang besar dikenali         "PANGEA". Lautan sekeliling dikenali "PANTHLASSA".
⇒ 180 JUTA tahun dahulu, PANGEA berpecah di Utara Laurasia. Gownwanaland di Selatan                    seterusnya menghasilkan Laut Theys
⇒ Laurasia mengandungi benua Amerika Utara, Eropah dan Asia sementara Gownwanaland meliputi      Amerika Selatan, Afrika dan Indiana Australia.
⇒ Waneger menyatakan terdapat 2 arah benua iaitu pergerakan ke barat disebabkan oleh pergerakan       plat tektonik dan pergerakan dari kutub akibat hanyutan.

BUKTI TEORI HANYUTAN BENUA :

1. Ketidakselanjaran Benua


→Garis pinggir pantai di beberapa benua adalah sama walaupun kedudukan benua adalah jauh dan         oleh pinggir laut Barat Afrika dengan Pinggir Laut Amerika Selatan. Pinggir Laut Eropah Barat         boleh dicantumkan dengan Pinggir Laut Amerika Utara.

2. Bukti Geologi

→Geologi enapan awal yang berada di dasar laut yang terletak disekitar Lautan Atlantik adalah sama dengan yang di temui di Amerika Selatan dan Afrika dgn jenis dan usia yang sama. Ini menguatkan lagi bukti berkemungkinan benua terpisah dari benua sebelumnya.

3. Bukti Bahan Fosil


→ Fosil dinosour dari zaman jurasik telah ditemui di Amerika Utara, Amerika Selatan dan China.            Fosil tersebut adalah sama dari segi jisim dan usia.




Saturday, 26 November 2016

STUKTUR BENTUK MUKA BUMI


Pelbagai jenis bentuk muka bumi yang ditinjau sama ada pada skala makro atau mikro. Stuktur bumi terdiri daripada 3 lapisan utama :

1. Lapisan Kerak Bumi

→ Kerak bumi ialah lapisan bumi yang paling luar
→ Lapisan ini paling nipis
→ Kerak bumi terdiri daripada lapisan benua SIAL (silika/aluminium) dan lapisan lautan         SIMA (silika/magnesium)

    

→Kerak bumi terdiri daripada batuan granit dan basalt
→Ketumpatan batuan antara 2.7 hingga 3.0 mg

2. Lapisan Mantel

→ Lapisan pertengahan bumi yang tidak stabil
→ Lapisan ini dalam bentuk pepejal dan cecair
→ Zon astenosfera berbentuk separa cecair
→ Lapisan bawah berbentuk batuan pejal
→ Batuan Jenis granit dan basalt
→ Ketumpatan 5.5 mg
→ Suhu antara 8000 hingga 1600 celcius

3. Lapisan Teras Bumi

→ Lapisan paling dalam yang dipisahkan dari mantel oleh Ketidakselenjaran Gunterberg
→ Dikenali sebgai Lapisan Barisfera
→ Terbahagi kepada dua iaitu teras luar dan teras dalam
→ Batuan jenis ini ialah nikel dan bes

Jenis-Jenis Batuan

1. Batuan Igneus

→ Terdiri daripada penyejukan dan pemejalan magma di dalam dan luar                 permukaan kerak bumi.
→ Terdapat dua jenis batuan igneus iaitu igneus terobosan (terbentuk apabila 
    terdapat penyejukan magma di permukaan bumi) dan igneus rejahan 
    (terbentuk apabila terdapat pembekuan di dalam kerak bumi).
→ Basalt dan opsidian ialah contoh batuan igneus terobosan.
  
Ciri-Ciri Batuan Igneus :
-mempunyai warna yang cerah
-tekstur kasar
-kandungan mineral utama ialah feldspar, piroksin dan olivine
-menghasilkan bentuk muka bumi sprt Banjaran Titiwangsa

Ciri-Ciri Batuan Terobosan :
-warna gelap dan kandungan mineral utama feldspar
-basalt tekstur halus manakala obsidian tekstur kaca

2. Batuan Enapan @ Mendapan
→ Terbentuk drpd bahan yang dimendapkan oleh air mengalir, ais dan angin
→ Terbentuk berlapis-lapis
→ Berlaku melalui 2 proses iaitu Pemadatan dan Penyimenan. Fosil terdiri drpd
    bahan enapan iaitu lumpur, pasir, kelikir, sisa tumbuhan dan haiwan yang 
    mati

↪ PROSES PEMADATAN berlaku apabila bahan enapan berkumpul sacara lapisan
   demi lapisan. Apabila bahan enapan menjadi tebal, lapisan bawah akan
   mengalami tekanan drpd lapisan atas. Lama-kelamaan batuan menjadi 
   mampat dan melekat
↪ PROSES PENYIMENAN proses perlekatan mineral-mineral. Bahan enapan 
   yang kasar tidak melekat antara satu sama lain dan terlekat apabila adanya
   bahan terlekat (lempung, kalsit, silika)

JENIS BATUAN ENAPAN

                                         Contoh Batuan Klastik

                           Contoh Batuan kimia : Stalagmit/Stalaktit


3. Batuan Metarformosis

→ Batuan Jelmaan. Terbentuk apabila batuan Igneus dan Batuan Terobosan 
    mengalami tekanan dan suhu yang tinggi semasa gerakan tektonik di dalam
    kerak bumi
→ Terdapat 2 jenis batuan metarformosis iaitu batuan berjalur yang mempunyai
    susunan mineral berlapis-lapis secara selari
→ Batuan tidak berjalur pula tidak mempunyai lapisan