Saturday, 26 November 2016

STUKTUR BENTUK MUKA BUMI


Pelbagai jenis bentuk muka bumi yang ditinjau sama ada pada skala makro atau mikro. Stuktur bumi terdiri daripada 3 lapisan utama :

1. Lapisan Kerak Bumi

→ Kerak bumi ialah lapisan bumi yang paling luar
→ Lapisan ini paling nipis
→ Kerak bumi terdiri daripada lapisan benua SIAL (silika/aluminium) dan lapisan lautan         SIMA (silika/magnesium)

    

→Kerak bumi terdiri daripada batuan granit dan basalt
→Ketumpatan batuan antara 2.7 hingga 3.0 mg

2. Lapisan Mantel

→ Lapisan pertengahan bumi yang tidak stabil
→ Lapisan ini dalam bentuk pepejal dan cecair
→ Zon astenosfera berbentuk separa cecair
→ Lapisan bawah berbentuk batuan pejal
→ Batuan Jenis granit dan basalt
→ Ketumpatan 5.5 mg
→ Suhu antara 8000 hingga 1600 celcius

3. Lapisan Teras Bumi

→ Lapisan paling dalam yang dipisahkan dari mantel oleh Ketidakselenjaran Gunterberg
→ Dikenali sebgai Lapisan Barisfera
→ Terbahagi kepada dua iaitu teras luar dan teras dalam
→ Batuan jenis ini ialah nikel dan bes

Jenis-Jenis Batuan

1. Batuan Igneus

→ Terdiri daripada penyejukan dan pemejalan magma di dalam dan luar                 permukaan kerak bumi.
→ Terdapat dua jenis batuan igneus iaitu igneus terobosan (terbentuk apabila 
    terdapat penyejukan magma di permukaan bumi) dan igneus rejahan 
    (terbentuk apabila terdapat pembekuan di dalam kerak bumi).
→ Basalt dan opsidian ialah contoh batuan igneus terobosan.
  
Ciri-Ciri Batuan Igneus :
-mempunyai warna yang cerah
-tekstur kasar
-kandungan mineral utama ialah feldspar, piroksin dan olivine
-menghasilkan bentuk muka bumi sprt Banjaran Titiwangsa

Ciri-Ciri Batuan Terobosan :
-warna gelap dan kandungan mineral utama feldspar
-basalt tekstur halus manakala obsidian tekstur kaca

2. Batuan Enapan @ Mendapan
→ Terbentuk drpd bahan yang dimendapkan oleh air mengalir, ais dan angin
→ Terbentuk berlapis-lapis
→ Berlaku melalui 2 proses iaitu Pemadatan dan Penyimenan. Fosil terdiri drpd
    bahan enapan iaitu lumpur, pasir, kelikir, sisa tumbuhan dan haiwan yang 
    mati

↪ PROSES PEMADATAN berlaku apabila bahan enapan berkumpul sacara lapisan
   demi lapisan. Apabila bahan enapan menjadi tebal, lapisan bawah akan
   mengalami tekanan drpd lapisan atas. Lama-kelamaan batuan menjadi 
   mampat dan melekat
↪ PROSES PENYIMENAN proses perlekatan mineral-mineral. Bahan enapan 
   yang kasar tidak melekat antara satu sama lain dan terlekat apabila adanya
   bahan terlekat (lempung, kalsit, silika)

JENIS BATUAN ENAPAN

                                         Contoh Batuan Klastik

                           Contoh Batuan kimia : Stalagmit/Stalaktit


3. Batuan Metarformosis

→ Batuan Jelmaan. Terbentuk apabila batuan Igneus dan Batuan Terobosan 
    mengalami tekanan dan suhu yang tinggi semasa gerakan tektonik di dalam
    kerak bumi
→ Terdapat 2 jenis batuan metarformosis iaitu batuan berjalur yang mempunyai
    susunan mineral berlapis-lapis secara selari
→ Batuan tidak berjalur pula tidak mempunyai lapisan

No comments:

Post a Comment